Hubungi Kami

   Talian Aduan

019-4181740

   Hotline

1-800-88-1740

   Emel

aduan@zakatkedah.com.my

SOALAN LAZIM / Tentang Portal Zakat Fitrah

Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman atau LZNK merupakan organisasi yang diberi tanggungjawab mengurus kutipan zakat dan agihan zakat di dalam negeri Kedah.

Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga, atau tanggungannya ialah:

Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.

Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.

Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.

Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan

Jom tunaikan Zakat Fitrah mengikut jenis beras yang dimakan

Beras Super Spesial Tempatan (5% hancur) : RM7.00

Beras Super Import/ Beras Perang/ Beras Pulut/ Herba Ponni/ Beras Wangi : RM14.50

Beras Basmathi, Beras Jepun, Beras Merah : RM22.00

“Dan (ingatlah wahai Muhammad), Ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan Bani Israil (dengan berfirman): Janganlah kamu menyembah melainkan ALLAH, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu-bapa, dan kaum kerabat dan anak-anak yatim, serta orang miskin; dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat. Kemudian kamu berpaling membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil daripada kamu dan sememangnya kamu orang yang tidak menghiraukan perjanjian setianya.”

Surah Al-Baqarah (ayat 83)

Daftar Individu